Tuesday, December 8, 2009

MESYUARAT MGB KLANG DI PANGKOR

9 Disember 2009, bertempat di Dewan Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor telah diadakan mesyuarat MGB daerah Klang. Mesyuarat dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Samurizan.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Guru Besar dan Ketua Guru SRA dan KAFAi Daerah Klang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib YDP MGB, Ustaz Sulaiman bin Zainuddin.
Antara perkara yang dibincangkan ialah pembentangan Takwim MGB dan penyelarasan dokumen kewangan yang telah dibengkelkan di PAID, Klang pada bulan November yang lalu.

Monday, December 7, 2009

BENGKEL TAKWIM DI PANGKOR RELEASE TENSION GB DAN KG

7-8 DIS 2009, bertempat di Purnama Beach Resort, semua Guru Besar dan Ketua Guru menghadiri Bengkel pembinaan Takwim UPI PAID KLang. Program anjuran UPI PAID Klang dengan kerjasama MGB Klang. Bengkel diadakan selama 3 hari 2 malam. Antara pengisian bengkel ialah pembinaan modul kursus PKG JAIS Daerah Klang utk. tahun 2009, penyelarasan Takwim UPI dan MGB 2009, Mesyuarat Kerja Bulanan UPI PAID Klang dan Mesyuarat MGB Klang.
Pada bengkel tersebut PKG Daerah dihidupkan semula dengan Pengerusi PPTAD, Klang, Naib Pengerusi 1 PPP, Ust. Sumardi B. Suhadi, Naib Pengerusi 2 PPK, Ust. Hj. Khair B. Maiden, Naib Pengerusi 3 PPN, Utz. Saleha Bt. Mohd. Yatim. Ustaz Sulaiman B. Zainuddin, GB SRA Sg. Udang dilantik sebagai setiausaha, Bendahari Ustz. Norazlinda Bt. Musiran, Penyelaras Ust. Abdul Rashid B. Sani, AJK ; 1. Ust. Abdul Halim B. Abdullah (KAFAi),2. Ustz. Norhaza Bt. Samsuri (KAFAi), 3. Ustz. Noraini Bt. Kasimon, 4. Ust. Khairuddin B. Rajikin (SRA), 5. Puan Harlina Bt. Ilham (UPI), 6. Cikgu Khairuddin B. Mohd. Misnan (SRAI), 7. Cikgu Zubaidah (Pra Sekolah) dan Ust. Hamzah B. Hussin (MITS).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan Penyelia KAFA yang dilantik menganggotai Jawatankuasa PKG Daerah Klang 2009.

Al-Fadhil Ustaz Rashid sedang menyampaikan tazkirah
Al-Fadhil Ustaz Rafaie sedang keluar dari Feri
Ustz. Zahriah dan Ustz. Samsiner sedang tekun mendengar taklimat

Monday, November 30, 2009

TIGA EKOR LEMBU DIKORBANKAN SEMPENA PROGRAM KORBAN MGB KLANG

30 NOVEMBER 2009 bersamaan 13 ZULHIJJAH 1430 H, bertempat di SRA Rantau Panjang, Klang diadakan program Ibadah Korban anjuran MGB Klang. Program ini telah dianjurkan oleh Biro Ibadah dan Dakwah MGB Klang dengan kerjasama PAID Klang. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan sempena program korban tersebut.
Pihak MGB telah bersama-sama bergotong royong untuk menjayakan program tersebut. Program bermula seawal Jam 8.30 pagi. Pihak MGB telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Mansor Bin Sarham untuk mengetuai sembelihan lembu korban tersebut dengan dibantu oleh Ustaz Mohd Rozi B. Bawi dan Ustaz Mohd Hizam B. Sataris.
Program berakhir Jam 11.30 pagi. Sebelum balik semua Guru Besar dan guru-guru yang terlibat menikmati jamuan sup tulang dan gear box yang telah dimasak oleh Ustaz Hj. Khair B. Maiden dan Ustaz Sulaiman B. Zainuddin. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru besar dan guru-guru yang hadir termasuk suami, isteri dan anak-anak. Alhamdulillah program berjalan seperti yang dirancang. Semoga program ini dpat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Kaki ni Saya tempahyer.... pegang jangan tak pegang Ust. Mohd Don...
Salah seekor lembu korban telah selamat disembelih ...
Ust. Hizam sedang bersedia utk. menyembelih lembu... Allahu Akhbar..
Acara melapah sedang berlangsung
Ustz. Nurul dan rakan-rakan sedang tekun memotong daging korban
Ybhgia Ust. Rafaie, Ust. Mansor dan Ust. Mohd Don sedang menikmati juadah makan tengahari