Monday, November 30, 2009

TIGA EKOR LEMBU DIKORBANKAN SEMPENA PROGRAM KORBAN MGB KLANG

30 NOVEMBER 2009 bersamaan 13 ZULHIJJAH 1430 H, bertempat di SRA Rantau Panjang, Klang diadakan program Ibadah Korban anjuran MGB Klang. Program ini telah dianjurkan oleh Biro Ibadah dan Dakwah MGB Klang dengan kerjasama PAID Klang. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan sempena program korban tersebut.
Pihak MGB telah bersama-sama bergotong royong untuk menjayakan program tersebut. Program bermula seawal Jam 8.30 pagi. Pihak MGB telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Mansor Bin Sarham untuk mengetuai sembelihan lembu korban tersebut dengan dibantu oleh Ustaz Mohd Rozi B. Bawi dan Ustaz Mohd Hizam B. Sataris.
Program berakhir Jam 11.30 pagi. Sebelum balik semua Guru Besar dan guru-guru yang terlibat menikmati jamuan sup tulang dan gear box yang telah dimasak oleh Ustaz Hj. Khair B. Maiden dan Ustaz Sulaiman B. Zainuddin. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru besar dan guru-guru yang hadir termasuk suami, isteri dan anak-anak. Alhamdulillah program berjalan seperti yang dirancang. Semoga program ini dpat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Kaki ni Saya tempahyer.... pegang jangan tak pegang Ust. Mohd Don...
Salah seekor lembu korban telah selamat disembelih ...
Ust. Hizam sedang bersedia utk. menyembelih lembu... Allahu Akhbar..
Acara melapah sedang berlangsung
Ustz. Nurul dan rakan-rakan sedang tekun memotong daging korban
Ybhgia Ust. Rafaie, Ust. Mansor dan Ust. Mohd Don sedang menikmati juadah makan tengahari